Kerja-kerja menambak tanah bagi aktiviti pembangunan sejak dua tahun lepas mengakibatkan air berlumpur melimpahi kawasan perumahan Bukit Binjai, Dungun, Terengganu.<br /><br />Sehubungan itu, penduduk merayu pihak berwajib menyelesaikan segera isu perparitan yang menyebabkan kediaman mereka sering dilanda banjir kilat.
